Jong's Crocodile Farm & Zoo :)
Sunday, 28 July 2013 | 23:12 | 0 comments
Jalan Masuk Dari Bandar Siburan
Depan Taman Buaya
Jong Crocodile, Kuching Sarawak merupakan taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecik kepada buaya yang ternama. Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya.
Sedangkan di seluruh dunia terdapat 23 jenis buaya (termasuk seluruh famili Crocodilian, Alligator, Gharial, serta Caiman). Dari semua jenis tersebut, Buaya Muara Crocodilus Porosus adalah yang terbesar, dan penyebaran buaya muara adalah di perairan Indonesia dan Australia, serta negara negara lain sekitar Indonesia (Menurut pakar biologi Adam Britton, penyebaran Buaya Muara terdapat mulai dari perairan laut India dan Sri lanka di Lautan Hindia hingga Fiji di Lautan Pasifik). Pelbagai buaya yang ada terdapat dalam taman ini kecuali buaya air masin.
Bayaran Masuk
Bayaran Masuk :
1. Dewasa : RM8.00 sahaja
2. Kanak : RM 4.00 sahaja (12 tahun kebawah)
Masa Buka: 11 a.m - 4 pm